PRN Sarawak: Ameerah Perak gerak petugas

- Advertisement -

IPOH: Ameerah Negeri Perak telah mengatur petugas gerak kerja PRN Sarawak yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan latar belakang bagi mendukung urusan dan perjalanan kempen disusun. 

- Advertisement -

Pengarah Ameerah Perak, Nur Farhana Omar berkata, pihaknya telah menghantar senarai petugas yang akan membantu secara jarak jauh sesuai dengan keadaan semasa bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berwajib. 

“Kita ada pelbagai tenaga mahir dalam Ameerah. Insya-Allah Ameerah Perak komited membantu gerak kerja kempen pilihan raya khususnya bagi membantu kemenangan calon PAS di N.29 Beting Maro, Mohammad Arifiriazul Paijo. 

“(Kita) akur dengan SOP PRN yang telah dibuat. Sebagai bukti kebersamaan Ameerah Perak dengan sahabat seperjuangan di Sarawak, kita mengumpulkan barisan sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk membantu kelancaran kempen,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengajak para pengundi Sarawak khususnya di N.29 Beting Maro agar memberi peluang dan kepercayaan kepada calon PAS dalam PRN kali ini yang merupakan calon tempatan berwibawa dan berintegriti. 

Dalam pada itu, serunya juga agar semua ahli PAS mendoakan kemenangan PAS melahirkan ADUN sulung di Sarawak agar aspirasi rakyat Bumi Kenyalang dapat diperjuangkan sebaiknya. – HARAKAHDAILY 8/12/2021

- Advertisement -