Ketua Pemuda Pahang penuhi acara di Temerloh

- Advertisement -

TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Kawasan Temerloh telah menerima kunjungan dan lawatan kerja Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan yang menyempurnakan beberapa aturcara baru-baru ini.

- Advertisement -

Diiringi Ketua Pemuda PAS Temerloh, Ustaz Muhammad Shukri Shuib, beliau telah meluangkan masa bermesra dengan anak-anak muda setempat bermain bola sepak di Padang Taman Sri Kerinau, di sini.

Ustaz Aireroshairi yang mewakili pasukan DACS Temerloh pada perlawanan persahabatan itu turut menyumbangkan satu jaringan gol di mana bakat dan kelincahannya telah menarik perhatian para pemain dan penonton.

Pengarah Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Temerloh, Mohd Azizul Hakimi Hassan menyifatkan aktiviti di padang bola itu berjaya menyatukan anak muda pelbagai latar belakang.

Ustaz Aireroshairi juga telah hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Sukan dan Alam Ria PASTI Pahang melibatkan 14 PASTI Kawasan yang telah dilangsungkan di Balai Islam Darul Amin, Sungai Gau, di sini.

PASTI Kawasan Kuantan telah diumum johan keseluruhan bagi tahun ini pada majlis yang turut dihadiri Pengarah PASTI Pahang, Khairul Nizam Mustafai dan Pengarah PASTI Temerloh, Ustaz Zulkefli Yusof. – HARAKAHDAILY 7/12/2021

- Advertisement -