50 beg plastik sampah dikumpul sempena Hari Sukarelawan

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa semalam seramai 40 sukarelawan menyertai Program Rakan Muda Day Out membersihkan persisiran pantai Sungai Padang dan Padang Keria.

Program itu turut disertai Adun Sanglang, Mohd Shukri Ramli diadakan dengan kerjasama Jabatan Belia Perlis dan Pusat Khidmat Dun Sanglang.

Sebanyak 50 beg plastik sampah berjaya dikumpul sepanjang program terbabit diadakan.

- Advertisement -

Mohd Shukri berkata, orang ramai yang datang beriadah di kawasan tersebut hendaklah mempunyai kesedaran membuang sampah di tong yang disediakan.

“Program ini juga diadakan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran dan pengalaman bagaimana untuk menabur khidmat kepada masyarakat.

“Pelbagai inisiatif dan kreativiti boleh diadakan seperti yang dilakukan sukarelawan yang hadir pada pada program tersebut,” katanya ketika ditemui selepas program terbabit.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis berkata, aktiviti sukarelawan wajar diteruskan supaya masyarakat mendapat manfaatnya.

Di samping itu kata beliau program tersebut dapat mengisi hujung minggu dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

Hari Sukarelawan Antarabangsa disambut setiap 5 Disember. Ia memberi peluang kepada sukarelawan dan organisasi berkongsi serta mempromosi kerja amal mereka. – HARAKAHDAILY 6/12/2021

- Advertisement -