Labuan, Kelantan, Kedah terajui magnitud pertumbuhan ekonomi

Dari lapan negeri yang catat pencapaian serupa

- Advertisement -

MENURUT Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, ‘Penularan COVID-19 meninggalkan impak yang mendalam terhadap landskap sosioekonomi negara yang mencatatkan tahap kedua yang terendah selepas tahun 1998 bagi kadar penguncupan dan ia menjejaskan prestasi eksport, kadar pengangguran, purata gaji dan upah dan lain-lain lagi.’

- Advertisement -

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mengumumkan bahawa Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 16.1 peratus tahun-ke-tahun pada suku kedua 2021 (S2 2021).

Ini menunjukkan trend pemulihan yang berterusan berikutan penguncupan yang lebih kecil pada kadar 0.5 peratus bagi suku sebelumnya (S1 2021), dan berbanding kemerosotan 3.4 peratus pada suku keempat 2020 (S4 2020). Dari segi enam bulan pertama tahun ini, KDNK meningkat sebanyak 7.1 peratus, berbanding penurunan 8.4 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.

Pertumbuhan pada April dan Mei 2021 menunjukkan trend pemulihan yang kukuh dengan sebanyak 40.1 peratus dan 19.8 peratus peningkatan masing-masing bagi prestasi KDNK bulanan yang disebabkan kesan yang rendah pada bulan-bulan yang sama pada tahun 2020. Pertumbuhan KDNK pada Jun mencatat penguncupan 4.4 peratus disebabkan oleh kesan PKP 3.0 pada pertengahan Mei, dan juga Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai awal Jun. Namun, jika dibandingkan dengan PKP 1.0 tahun lalu, penurunan pada Jun 2021 adalah lebih kecil berbanding April 2020 (-28.8 peratus).

Oleh itu, peningkatan bagi indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI), nilai jualan sektor pembuatan, pendapatan sektor perkhidmatan, pemulihan eksport dan pelaburan langsung asing (FDI) pada S2 2021 yang melangkaui jangkaan dapat menujukan kadar pertumbuhan negara yang meningkat atas beberapa sebab termasuk dengan pertumbuhan di dalam industri ketika PKP 3.0.

Lapan negeri yang mencatatkan magnitud pertumbuhan yang lebih baik berbanding penguncupan 5.6 peratus yang dicatatkan di peringkat nasional, iaitu W.P. Labuan menyusut 0.5 peratus, diikuti Kelantan (-1.1 peratus), Kedah (-1.7 peratus), Pulau Pinang (-2.1 peratus), Perak (-2.3 peratus), Negeri Sembilan (-3.6 peratus), Johor (-4.6 peratus) dan Selangor (-5.3 peratus). Enam negeri yang kekal bagi KDNK nasional dapat mengumpulkan jumlah sumbangan sebanyak 72.1 peratus berbanding 72.3 peratus pada tahun 2019.

Strategi yang efektif perlulah ditetapkan agar perkara yang berkaitan dengan ekonomi dan kesihatan dapat diambil kira bagi memulihkan ekonomi negara yang selaras dengan usaha kerajaan berkaitan pemulihan ekonomi, iaitu dengan inisiatif kerajaan seperti pakej rangsangan yang telah dilancarkan semenjak bermulanya penularan pandemik, sebanyak RM530 bilion pada tahun 2021.

Antaranya ialah, Pakej PRIHATIN, PRIHATIN TAMBAHAN, PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA PLUS dan PEMULIH bagi nasional dan bagi negeri iaitu Kerajaan Negeri Sarawak melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang telah memperuntukkan sebanyak RM1.8 bilion, pakej bantuan Selangor Prihatin 2.0 bernilai RM627.4 juta, peruntukan dari Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM312.0 juta, Johor dengan RM312.1 juta dan Melaka RM174.5 juta.

Strategi tersebut bukan sahaja meringankan beban individu malah menyediakan persekitaran pemulihan ekonomi negara agar syarikat-syarikat juga dapat menjadikan persekitaran mereka juga sebagai persekitaran yang membangunkan ekonomi negara sewaktu cabaran penularan pandemik COVID-19.

Oleh itu, Laporan Sosioekonomi Negeri turut memuatkan maklumat hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan di Laporan Sosioekonomi Negeri pada jam 1200, Khamis, 5 Ogos 2021 di Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ekonomi Malaysia dijangka pulih secara beransur-ansur berikutan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan baru-baru ini dengan mencatatkan kadar vaksinasi terpantas di dunia dalam melaksanakan program vaksinasi dan kejayaan yang lain baru-baru ini yang tidak termasuk dalam pengiraan bagi laporan yang disediakan. 

Sumber rujukan:

1. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/8%20Ogos/SOSIOEKONOMI%20NEGERI%202020-COMBINE.pdf

2. https://www.mof.gov.my/portal/ms/berita/siaran-media/kdnk-malaysia-berkembang-16-1-bagi-suku-kedua-2021-ekonomi-terus-di-landasan-pemulihan

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 24/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/2284919521796917/posts/3052337778388417/

- Advertisement -