Mangsa banjir di Kedah meningkat

Foto hiasan.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 58 orang setakat 8 pagi ini berbanding 31 mangsa semalam yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata daripada jumlah itu, 22 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS Dewan Kampung Lahar manakala PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang terdapat 36 orang daripada lapan keluarga.

- Advertisement -

“Keseluruhan keluarga mangsa banjir ditempatkan di kedua-dua PPS ini ialah sebanyak 12 keluarga. PPS Dewan Kampung Tradisi diaktifkan pada 8 malam tadi sebab hujan lebat berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata pihaknya terus memantau dari semasa ke semasa keadaan itu termasuk cuaca dan air sungai untuk memastikan segala langkah keselamatan dapat diambil dengan efisien dan efektif bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir lagi selepas ini. – BERNAMA

- Advertisement -