DMPM serah Watikah Saf Kepimpinan sesi 2021-2023

KUALA LUMPUR: Majlis Penyerahan Watikah Saf Kepimpinan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) sesi 2021-2023 telah diadakan di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Penyampaian watikah disampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Nuridah Mohd Salleh dan disaksikan oleh timbalan dan naib ketua, Dr Rosni Adam dan Ustazah Salamiah Md Nor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha DMPM, Dr Nurul Hani Ali dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook dewan itu, hari ini.

Advertisement

“Semoga Dewan Muslimat PAS Malaysia sesi 2021-2023 akan lebih cemerlang mempersada muslimat di peringkat nasional, antarabangsa dan juga di akhirat. Insya-Allah,” ujarnya.

Senarai penuh saf kepimpinan DMPM sesi 2021-2023 adalah seperti berikut:

Ketua/Lajnah Politik dan Pilihan Raya
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh

Timbalan Ketua/ Lajnah Pemerkasaan Parti
Dr. Rosni Adam

Naib Ketua/ Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan
Ustazah Salamiah Mohd Nor

Setiausaha
Dr. Nurul Hani Ali (Lantikan)

Bendahari
Dr. Che Faridah Ismail

Ketua Penerangan/ Lajnah Penerangan dan Media Baharu
Dr. Najihatussalehah Ahmad

Pengarah Pilihan Raya
Puan Noraini Hussin

Pengarah Strategik dan Pengurusan Risiko
Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

Penolong Setiausaha 1
Saudari Mardhiah Hayati Zolkeplai (Lantikan)

Penolong Setiausaha 2
Saudari Huda Nordin (Lantikan)

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Dr. ‘Uyun Abdul Malek

Lajnah Antarabangsa
YB Dato’ Mumtaz Md Nawi

Lajnah Dakwah
Dr. Mardhiyah Hayati Salleh

Lajnah Pendidikan
Ustazah Asmak Husin

Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan Dun
YB Zuraida Md Noor

Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga
YB Dato’ Siti Ashah Ghazali

Lajnah Kesihatan
Dr. Reen Mohd Amin

Lajnah Pekerja dan Pengguna
Dr. Azimah Ibrahim

Lajnah Ekonomi dan Kewangan
Puan Norhafiza Fadzil (Lantikan)

Lajnah Perpaduan Nasional
Puan Salmah Ab Latiff (Lantikan)

Lajnah Hubungan NGO
Puan Norazlin Md Samsudin (Lantikan)

Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar
Dr. Salmah Abd Rahman (Lantikan)

Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Puan Kartini Ahmad (Lantikan)

Lajnah Pembangunan Tanah, Perumahan dan Orang Asal
Puan Siti Rohaya Ahad (Lantikan)

Ketua Pengarah Ameerah
Dr. Siti Mastura Muhammad (Lantikan)

Ketua Pengarah Nusaibah
Saudari Laila Farhana Awang Bakar (Lantikan)

Ketua Pengarah Briged
Saudari Nuri Muhammad (Lantikan)

Ketua Pengarah Akademi Pengajian Saidatina Aisyah
Dr Uswah Tahir (Lantikan)

Pengarah Muslimat Legal Team
Puan Fairuz Idris (Lantikan)

Pengarah Jabatan Informasi dan Teknologi
Puan Jazlina Shafawi (Lantikan)

Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Arkib
Dr Ummi A Ghani (Lantikan)

Pengarah Jabatan Pembangunan Pelajar dan Mahasiswi
Puan Tasneem Zainol (Lantikan)

Pengerusi As-Sabiqat
Hajah Khadijah Mahmud
(Lantikan) – HARAKAHDAILY 22/11/2021