170 pusat pemindahan sementara diaktif di Kelantan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Sebanyak 170 pusat pemindahan sementara (PPS) dan 1,600 aset diaktifkan di Kelantan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

Ketua Pengarah Agensi Pengrusan Bencana Negara (Nadma) Dato’ Dr Aminuddin Hassim berkata, enam episod hujan dijangka berlaku sehingga akhir Mac tahun depan.

Kata beliau pihaknya mendapat kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebagainya bagi membantu mangsa banjir.

- Advertisement -

“Ikut rekod lepas tahun lepas ada 11,500 penduduk berpindah ke PPS dan dengan jumlah itu kita ada 170 PPS yang aktif seluruh Kelantan sekarang.

“PPS tersebut kita perlu aktif juga SOP dan kita akan letak pegawai kesihatan untuk membantu membuat ujian ke atas mangsa yang dipindah,” katanya pada sidang media selepas taklimat sempena lawatan meninjau persiapan hadapi banjir di Bilik Gerakan Negeri hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal.

Nadma turut menyalurkan bantuan RM50,000 kepada setiap jajahan di Kelantan untuk kegunaan ketika banjir selama lima bulan sehingga Mac depan.

Dr Aminuddin berkata, sebanyak RM20,000 turut disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi kegunaan ketika banjir.

“Nadma juga memperuntukkan RM1.3 juta bagi kerja membaik pulih beberapa PPS di Kelantan bagi memastikan mangsa banjir selesa berada di pusat berkenaan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/11/2021

- Advertisement -