Projek ladang hutan mesti patuhi piawaian antarabangsa

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Bagi memastikan usaha mencapai sasaran 50 peratus muka bumi di Kedah diliputi hutan, Jabatan Perhutanan mengambil pendekatan menanamkan 100 juta pokok.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sasaran itu sekarang masih berada di tahap 48 peratus.

“Ini bermakna masih terdapat dua peratus lagi untuk mencapai sasaran tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya juga kerajaan negeri baharu menerima semula sijil pengurusan hutan pada Oktober lepas setelah digantung sejak 2019.

Kata beliau antara sebab sijil berkenaan digantung pada 2019 kerana gagal mengemukakan laporan kesan alam sekitar (EIA) untuk projek-projek yang dilaksanakan di kawasan hutan simpan.

Oleh itu katanya kerajaan negeri memastikan semua projek yang dibangunkan dalam kawasan ladang hutan mematuhi kriteria ditetapkan.

“Kita sedia patuhi peraturan dan berharap selepas ini sijil pengurusan hutan akan kekal kita miliki dan tidak digantung lagi.

“Kita akan uruskan hutan kita dengan sebaik mungkin. Semua projek di kawasan ladang hutan mesti mematuhi piawaian Antarabangsa bawah International Tropical Timber Organisation (ITTO) yang mengendalikan standard kayu-kayan yang boleh dieksport,” katanya menjawab soalan Mohd Azam Abdul Samat (PAS- Sungai Limau).

Sanusi juga berkata, kerja-kerja pembangunan hutan melibatkan penananam kawasan mengaya, restorasi hutan tanaman bakau, rawatan pokok bakau, onvenori hutan sebelum dan selepas tebangan.

Selain itu mengukur dan mencucui sempadan Hutan Simpanan Kekal, penyelenggaraan Taman Eko Rimba dan pembinaan tapak semaian serta bahan tanaman.

Menurutnya juga tanah milik Jabatan Perhutanan yang didiami dan dijadikan penempatan hendaklah dikeluarkan (daripada status kawasan hutan) dan ganti di kawasan lain. – HARAKAHDAILY 15/11/2021

- Advertisement -