Dialog Mahabbah temukan pimpinan dua negeri

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
Dialog Mahabbah yang telah berlangsung pada Rabu lepas melibatkan PAS Kawasan Jeli, Kelantan dan PAS Zon Sandakan meliputi PAS Sandakan, Batu Sapi dan Libaran di Pejabat PAS Libaran, di sini.

Dialog itu diadakan bertujuan untuk pertemuan antara dua pimpinan daripada dua negeri iaitu Kelantan dan Sabah selain meraikan rombongan PAS Jeli yang dalam program jaulah ke pedalaman negeri Sabah sekitar kawasan Sandakan, Kinabatangan dan Beluran.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS kawasan, Sahar Abdul Majid mengalu-alukan rombonhan PAS Jeli ke Sandakan bagi melaksanakan misi kebajikan rakyat pedalaman.

“Saya sangat mengalu-alukan kehadiran rombongan mereka bagi menjalankan misi kebajikan membantu masyarakat di pedalaman Sandakan ini,” katanya.

Wakil PAS Jeli, Zaidi Mustafa menzahirkan penghargaan buat PAS Sandakan dan pimpinan yang telah menyambut baik kehadiran rombongan mereka.

“Terima kasih kepada Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid serta kepimpinan beliau yang telah mengalu-alukan kehadiran kami dari Jeli dan dapat bertentang mata dengan pimpinan daripada PAS Zon Sandakan,” katanya.

Zaidi yang merupakan mantan Yang Dipertua PAS Kinabatangan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah. Beliau giat aktif menggerakkan PAS Kinabatangan sehingga melahirkan ramai murabitun sepenuh masa dalam parti.

Turut bersama dalam rombongan PAS Jeli ialah Ketua Dewan Ulamak, Mohd Hatta Zakaria, Naib Ketua Pemuda, Mohd Khairi Ismail, Setiausaha Pemuda, Faiz Saiful Bahri serta mantan GB Kretam Wan Salahuddin. – HARAKAHDAILY 12/11/2021

- Advertisement -