Kerajaan bantu sektor pelancongan ke Dabong

- Advertisement -

FENOMENA ‘Train to Dabong’ yang melonjakkan industri pelancongan kepada rakyat Dabong dan Kuala Krai, terima kasih YB Menteri kerana turut berkempen untuknya dalam ucapan bajet. Terima kasih juga kepada kerajaan di atas penerusan subsidi kos operasi perkhidmatan tren kurang ekonomik.

Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri Kewangan I (YB Paya Besar) dan pasukan MOF yang turun mencuba ‘Train to Dabong’. Ternyata kehadiran YB membawa sesuatu yang sangat bermakna untuk kemajuan Dabong dan Kuala Krai.

- Advertisement -

Saya difahamkan antara pihak yang memulakan ‘Train to Dabong’ ini ialah 3 orang anak muda yang mewujudkan sebuah page di Facebook. Tahniah di atas cetusan idea tersebut dan saya turut berbangga dengan anda.

Tentunya penambahbaikan infrastruktur amat diperlukan untuk melonjakkan lagi sektor yang memberi pulangan kepada penduduk Dabong ini. Jaringan jalan raya yang lebih baik serta talian telefon dan internet antara keutamaan di Dabong.

Selain itu, saya mencadangkan kerajaan mengembalikan semula Ekspres Wau laluan Tumpat-Kuala Lumpur yang dihentikan selepas banjir 2014. Saya yakin ia mampu melonjakkan lagi industri pelancongan ini terutama dengan kehadiran pelancong daripada ibu kota dan Lembah Kelang.

Sudah sampai masanya, beberapa pihak yang terlibat dengan pelancongan seperti malim gunung, pengusaha kereta sewa, pengusaha rumah tumpangan diberikan kursus berkaitan pelancongan serta elaun khas untuk memantapkan lagi industri ini.

Saya mencadangkan kerajaan menaik taraf kemudahan pelancongan di Kompleks Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar di Dabong.

Saya juga memohon penambahan mesin ATM di Dabong bagi kemudahan semua. Buat masa sekarang hanya terdapat sebuah ATM sahaja dan ia tidak mencukupi terutama dengan pertambahan pelancong.

YB USTAZ ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai – HARAKAHDAILY 11/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/411780330314989/posts/439380687554953

- Advertisement -