Pesakit, pekerja India terima bakul makanan

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Pesakit dan pekerja keturunan India di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) menerima bakul makanan sempena sambutan Deepavali semalam.

Sumbangan itu disampaikan Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Tuanku Fauziah bagi mengeratkan lagi hubungan antara komuniti.

Penolong Pengerusinya, Wan Hassan Ismail berkata, sumbangan bakul makanan itu diagih kepada 100 kepada penerima terbabit.

- Advertisement -

“ALP berperanan sebagai penghubung antara pihak hospital dengan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tersebut semalam.

Menurutnya juga aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan akan dipergiatkan lagi selepas pandemik Covid-19 berlalu.

Selain itu katanya, ALP Hospital Tuanku Fauziah menyediakan perkhidmatan Bank Makanan kepada pekerja hospital yang terjejas terutamanya bahagian pembersihan dan pengawal keselamatan.

“ALP merancang aktiviti dan program yang berkaitan supaya dapat digerakkan secara lebih aktif selepasnya berlalu Covid-19,” katanya.

Turut hadir pada program itu Timbalan Pengarah (Perubatan) HTF, Dato’ Dr Abdul Karim Abdullah. – HARAKAHDAILY 9/11/2021

- Advertisement -