Titisan rahmat di celahan perbezaan

- Advertisement -

SUKAR untuk saya gambarkan betapa besarnya erti nilai kasih sesama insan. Kita adalah insan yang diciptakan oleh Allah SWT lengkap dengan perbezaan pelbagai watak, budaya, warna kulit mahupun bahasa.

- Advertisement -

Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub (DPPK Raub) pagi ini menyantuni saudara Mr. Yogendran A/L Palanisamy yang merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Raub / Ketua Penerangan DHPP Negeri Pahang juga merupakan Pegawai Khas kepada YB. Senator Mr. Balasubramiam.

Selepas itu, kami juga berkunjung ziarah ke rumah Ketua MIC Bahagian Raub, YH. Dato’ K Tamil Selvam di rumahnya di Taman Simpang Kallang juga sempat bersua bersama Setiausaha Agung MCA Datuk Choong Sin Woon.

Pelbagai isu dibincangkan, pelbagai juadah dihidangkan, pelbagai gurau senda di dendangkan. Pelbagai adat budaya di pertontonkan. Ya, memang kita berbeza dan berlainan. Saudaraku, tiada apa yang nak di hairankan, kerana itulah keajaiban ciptaan Allah SWT buat kita semua.

Firman Allah SWT:
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. – Surah Ar-Rum, ayat 22

Namun, kita tidak pernah berbeza dalam mencari perdamaian dan keharmonian. Ianya adalah nikmat besar buat kita semua. Saudaraku! ayuh kita melangkah bersama, ketepikan perbezaan antara kita, bina wadah perpaduan, kadamaian dan keharmonian demi sebuah kerukunan bangsa dan negara yang aman, makmur dan sentosa. Demi sebuah “Keluarga Malaysia”

“HAPPY DIWALI BUAT SEMUA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA HINDU” -Nandri Vanakkam

Tulus ikhlas daripada,

MOHD SHAHRIZAN MD ESA
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Raub. – HARAKAHDAILY 4/11/202

- Advertisement -