PAS Melaka hantar senarai calon untuk PRN

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

MASJID TANAH: PAS Melaka mengemukakan calon yang telah disenarai pendek untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Kamarudin Sidek, berkata senarai calon itu akan dihantar ke Majlis Syura Ulamak pada malam ini, yang dijadualkan mesyuarat esok.

“Kita serahkan malam ini, pasal besok Majlis Syura akan bermesyuarat, mereka mahu senarai nama dahulu untuk dipilih di peringkat pusat, di peringkat negeri kita sudah sediakan.

“Setakat ini, pada peringkat awal kita hantar untuk 14 Dewan Undangan Negeri (Dun), itu secara rambang lah. Nanti apa hasil perbincangan pusat, kalau PAS dapat (bertanding) empat atau lima kerusi, jadi kerusi-kerusi tertentu sahajalah.

“Satu Dun kita hantar ramai, paling kurang dia hendak dua orang nama, ada Dun yang kita hantar tiga nama untuk diberi pilihan kepada pusat,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas mesyuarat Dewan Harian di Pejabat PAS Kawasan Masjid Tanah, petang tadi.

Menurut Kamaruddin, sebahagian calon yang dihantar terdiri daripada golongan yang mempunyai latar belakang profesional dan berpengalaman dalam mentadbir sesebuah agensi.

Selain itu katanya, terdapat juga calon daripada kalangan ulama yang berketerampilan menguruskan dana pentadbiran. – HARAKAHDAILY 30/10/2021

- Advertisement -