Isteri bekas Presiden PAS kembali ke rahmatullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Fadzil Muhammad Nor, iaitu Datin Khatijah Ibrahim meninggal dunia, hari ini

Allahyarham Khatijah meninggal dunia kira-kira jam 4.40 petang tadi di Wad Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini.

Perkara itu dimaklumkan oleh anaknya, Muna Izzah Fadzil melalui laman Facebook peribadi, sebentar tadi.

- Advertisement -

Menurut Muna Izzah, Allahyarham meninggal disebabkan komplikasi buah pinggang.

“Beliau pergi dengan tenang dan bahagia. Mama, kami redha. Segalanya milik Allah.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan bonda. Khamis, malam Jumaat sepertimana yang bonda impikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 21/10/2021

- Advertisement -