Anak muda usia 20-an terajui Dewan Pemuda di Sabah

- Advertisement -

Oleh BASITH SAMAD

KINABATANGAN:
Dewan Pemuda PAS Sabah tidak ketandusan kepimpinan pelapis anak muda tempatan apabila seramai 20 ketua pemuda PAS kawasan dipilih pada mesyuarat agung tahunan baru-baru ini.

Mereka iaitu Mohd Ramlan Pandi menerajui Dewan Pemuda PAS Sandakan, Hendri Hamsah (Papar), Muhamad Afiq Nordin (Sepanggar), Muhammad Huzaini Rohani (Semporna), Muhd Zarif Siraj Rusbi (Tuaran), M Khairul Syams (Batu Sapi).

Selain itu Landari Labobo (Lahad Datu), Abdul Aziz Baitul Makmur (Kinabatangan), Razman Roslee (Kalabakan), Rosli Hassan (Tawau), Yusrizal Anuar (Putatan), Rizan Wihadi (Keningau).

Turut dipilih pada mesyuarat tersebut Kamsaa Othman (Libaran), Pilani Asibin (Pensiangan), Asrul Samat (Beaufort), Yusri Gabriel (Ranau), Musmulyadi Darwis (Beluran), Shahriel Putera Shah (Kudat), Azizi Osman (Kota Belud) dan Syainal Syamsul (Kota Kinabalu).

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Sabah Zulzaim Hilmee Abidin berkata, kejayaan dewan pemuda PAS kawasan melantik ketua pemuda baharu bagi sesi 2021-2023 yang menggambarkan PAS semakin mendapat tempat dalam kalangan anak-anak muda.

Hujah sama dikongsi Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Mustaman Mustain, perjuangan PAS yang bermula lebih 30 tahun lalu tidak pernah sunyi dengan penglibatan anak muda tempatan.

Katanya, mereka menjadi tulang belakang kepada setiap gerak kerja pemuda.

“Kepimpinan baharu dilantik seawal usia 20-an dan bakal memacu perjuangan PAS yang terkenal dengan gerak kerja kemanusiaan dipelopori Jabatan Amal Malaysia.

“Selain itu pemuda PAS juga berjaya mengendalikan sektor pendidikan melalui Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI), Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) dan PASTI,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 19/10/2021

- Advertisement -