Fakhrul Anwar dipilih YDP PAS Kangar

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

- Advertisement -

KANGAR: Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kangar kali ke-46 menyaksikan Ustaz Fakhrul Anwar dipilih sebagai Yang Dipertua PAS Kangar baharu menggantikan Ustaz Yusainee Yahya.

Fakhrul menang tanpa bertanding hasil pemilihan seramai 80 orang perwakilan hadir yang pada mesyuarat agung berkenaaan di Kompleks Pendidikan MATIN, di Padang Machang, di sini, pada Sabtu.

Pemilihan berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sementara itu, jawatan Timbalan Yang Di Pertua PAS (TYDP) kekal milik Wan Hassan Ismail dan Naib Yang Di Pertua (NYDP) pula kekal disandang Baharuddin Ahmad.

Fakhrul pernah menjadi Calon PAS di N07, Sena pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Beliau mempunyai latar belakang akademik bermula dari Pusat Asasi Universiti Malaya dengan mengambil jurusan perakaunan.

Fakhrul kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat Diploma Matematik dan Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Beliau pernah berkhidmat sebagai pengaturcara dan penganalisi data dan juga berkhidmat sebagai pengurus data dan sistem maklumat di beberapa agensi perniagaan, di sini.

Fakhrul juga pernah memberi khidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di Madrasah Diniah Islamiah (MADI) dan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, Jejawi Arau, Perlis.

Kini beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya di samping berkhidmat sepenuhnya kepada PAS.

Pada PRU-13, Dun Sena sebelum ini diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tuan Marja Tuan Mat semasa dalam Pakatan Rakyat dengan majoriti 1,924.

Perlawanan tiga penjuru ini menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN), PAS dan dari parti bebas.

Pada PRU-14 yang lalu juga menyaksikan perlawanan tiga penjuru antara PAS, BN dan Pakatan Harapan (PH). – HARAKAHDAILY 18/10/2021

- Advertisement -