Muslimat PAS Kalabakan kemuka usul tanding PRU15

- Advertisement -

Oleh SALMI DIN

KALABAKAN:
Dewan Muslimat PAS Kawasan Kalabakan telah mengusulkan isu politik pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-10, hari ini.

Usul itu bagi memastikan PAS Kawasan Kalabakan berjaya mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15.

- Advertisement -

Ketika membentangkan usul berkenaan, wakil dewan itu, Arbayani Amin berkata, dengan adanya organisasi yang tersusun dari setiap peringkat JPRP, JPRD dan JPRUDM dan jentera yang sangat komited menjalankan tugas, Dewan Muslimat PAS Kalabakan siap sedia untuk tanding.

Katanya lagi, PAS Kalabakan mempunyai petugas serta ahli yang berpengalaman, berkemahiran serta berkomitmen dalam lapangan masing-masing.

Tambahan lagi, ujarnya PAS mempunyai calon yang berpendidikan tinggi, berintegriti, berketrampilan serta bebas daripada amalan rasuah dan rekod jenayah.

“Senario ini dikuatkan lagi dengan kemenangan parti GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang mana PAS termasuk dalam gabungan tersebut pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2019.

“Sehubungan dengan itu, kemenangan yang dicapai khususnya di parlimen Kalabakan adalah atas kesungguhan PAS Kalabakan memberikan kerjasama sepanjang proses sebelum dan semasa pilihan raya,” ujarnya yang juga pengarah pilihan raya Dewan Muslimat PAS kawasan.

Usul muslimat agar PAS bertanding di Parlimen Kalabakan diterima sebulat suara oleh para perwakilan. – HARAKAHDAILY 17/10/2021

- Advertisement -