Terima pelantikan dengan hati terbuka

- Advertisement -

Oleh NAZRI ABD HAMID

NIBONG TEBAL:
Yang Dipertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff mengingatkan pemimpin yang dilantik harus menerima dengan hati terbuka.

“Saya tak pernah terasa pun nak jadi YDP. Saya hanya bercita cita menjadi al-murabithuun, dipanggil saya datang disuruh saya pergi.

- Advertisement -

“Disuruh ke depan saya di depan, diarah ke belakang ke belakanglah saya. Diarah ke tepi saya ke tepi, disuruh ke atas ke bawah, di situlah saya,” katanya yang memetik ucapan Tuan Guru Sidek Nor ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan ke-37 di Dewan Haji Abdul Rahman Mahyiddin Sungai Acheh, di sini semalam.

Mesyuarat dihadiri seramai 130 orang perwakilan dari 14 cawangan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat kawasan.

Sementara itu, Nor Zamri mengekalkan jawatan Yang Dipertua PAS kawasan sesi 2021-2023 sementara Timbalan dan Naib Yang Dipertua disandang oleh Syukri Che Yunus dan Zulazhar Mohamad.

Mesyuarat agung kali ini juga memperlihatkan kelainan dan para perwakilan lebih bersemangat selepas PAS berada dalam Perikatan Nasional yang menguasai Putrajaya sekarang. – HARAKAHDAILY 17/10/2021

- Advertisement -