Atlet Kelantan sertai Asian Youth Para Games di Bahrain

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Pelajar kelas khas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa Ahmad Shahmin Mohd Kadri bertuah apabila dipilih mewakili negara ke kejohanan Asian Youth Para Games di Bahrain.

Atlet terbabit akan menyertai pertandingan para powerlifting di kejohanan itu yang akan berlangsung 28 November sehingga 7 Disember depan.

Pemilihannya dibuat Persatuan Powerlifting Para Malaysia dan Majlis Paralimpik Malaysia.

- Advertisement -

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru SMK Bukit Jawa Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, atlet terbabit belajar di kelas khas sekolah berkenaan dan akan menamatkan pengajian tahun ini.

“Bagaimanapun beliau masih datang ke kelas khas di sekolah tersebut. Ahmad Shahmin juga sedang mengikuti latihan angkat di Komplek Sukan Panji Kota Bharu,” katanya di sini.

Menurutnya juga pelajar terbabit yang berasal dari Kampung Air Hijau Selising cukup bertuah kerana dipilih menyertai pertandingan para powerlifting di peringkat antarabangsa.

Drs Zainuddin yang juga bekas Adun Limbongan berkata, PIBG baru-baru menyampaikan baju sukan kepada altet terbabit.

Kata beliau juga pihak PIBG sedang mencari dana untuk menghantar pengiring dan pengetua sekolah SMK Bukit Jawa pada kejohanan tersebut nanti.

“Sekarang PIBG merancang e-Dana Pelan Emas SMK Bukit Jawa bagi mengumpul dana untuk membantu altet terbabit dalam misi mengejar pingat emas.

“Program itu akan dilancarkan anggota Exco kerajaan negeri tidak lama lagi sebagai sokongan kepada usaha kerajaan Kelantan melahirkan lebih ramai atlet peringkat dunia,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/10/2021

- Advertisement -