UMK laksana PdP secara hibrid sesi 2021/2022

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

BACHOK:
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerima seramai 2,266 atau 95 peratus jumlah pelajar baharu yang ditawarkan melanjutkan pengajian bagi sesi September 2021/22.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Nik Maheran Nik Muhammad berkata, jumlah itu sebahagian daripada 2,380 unjuran pelajar memilih melanjutkan pengajian ke UMK.

- Advertisement -

Katanya, setakat ini proses pendaftaran berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Alhamdullilah, proses pendaftaran kemasukan pelajar berjalan lancar. UMK turut mengambil langkah awal dengan menaik taraf kemudahan internet.

“UMK mempertingkatkan perluasan penggunaan internet yang boleh diakses hampir 10,000 pelajar dalam satu masa.

“Pelajar baharu yang mendaftar menjalani program Minggu Mesra Mahasiswa (3M) secara dalam talian bermula 3 Oktober hingga hari ini,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Menurutnya juga UMK mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan pelajar termasuk yang datang dari beberapa negeri berada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dr Nik Maheran juga berkata, UMK bersetuju pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi sesi akademik 2021/2022 dilaksanakan secara hibrid.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Razli Che Razak pula berkata, program 3M berlangsung 2 hingga 5 Oktober, secara atas talian.

Katanya, antara pengisian program berkenaan iaitu forum dan taklimat dengan objektif program 3M untuk memperkenalkan pelajar baharu mengenai misi, visi dan objektif UMK.

“Program ini amat penting untuk memastikan pelajar turut memainkan peranan serta tanggungjawab ke arah merealisasikan aspirasi Universiti.

“Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai informasi tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di universiti,” katanya.

Program itu berakhir dengan Majlis Amanat Naib Canselor dan ikrar pelajar. – HARAKAHDAILY 6/10/2021

- Advertisement -