40 jam tunda bot nelayan asing ke jeti

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Kelantan) terpaksa mengambil masa lebih 40 jam menunda dua bot nelayan asing ke jeti tahanan Tok Bali, ekoran salah sebuah bot mengalami kerosakan sepanjang perjalanan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin, berkata situasi tambah mencabar dengn lambungan ombak setinggi 2.5 meter dan tiupan angin mencecah sehingga 40 km sejam serta hujan lebat.

- Advertisement -

Kata beliau pihaknya menahan dua bot dan bersama 19 awak-awak nelayan Vietnam termasuk tekong kerana menceroboh dan menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan negara semalam.

“Mereka berumur antara  20 hingga 48 termsuk dua berusia 14 hingga 17 tahun ditahan ketika sedang menangkap ikan pada jarak 114 dan 115 batu nautika daripada muara Tok Bali.

“Pemeriksaan ke atas bot pertama  pada jam 6.54 petang mendapati dikendalikan tiga kru termasuk tekong manakala bot kedua ditahan pada jam 7.09 minit petang dikendalikan 16 kru termasuk tekong,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat maritim di Tok Bali di sini hari ini.

Menurutnya tangkapan itu melibatkan rampasan dua bot, peralatan menangkap ikan, ikan lebih kurang 500 kilogram, dan bekalan diesel sebanyak 6,000 liter,

Beliau berlata, pemeriksaan juga mendapati kedua-dua bot tidak memiliki permit yang sah untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985, kesemua kru termasuk tekong tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot hasil ikan, diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan berjumlah lebih RM3 juta” katanya.

Khairun Dalilah juga berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran. – HARAKAHDAILY 1/10/2021

- Advertisement -