Polis Pahang tamat SJR antara daerah

KUANTAN: Polis Pahang menamatkan sekatan jalan raya (SJR) antara daerah mulai tengah malam tadi, selepas negeri ini memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) hari ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf bagaimanapun, menasihatkan orang awam untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) walaupun tiada lagi SJR.

Advertisement

“Usaha dan tanggungjawab bersama mampu mencegah penularan pandemik Covid-19 daripada terus berleluasa,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Pahang antara tiga negeri beralih ke fasa PPN berikutnya berdasarkan penilaian risiko terkini oleh Kementerian Kesihatan dan MKN.

Selain Pahang, negeri lain ialah Negeri Sembilan yang masuk ke Fasa Empat dan Johor yang beralih dari Fasa Satu ke Fasa Dua.

Peralihan fasa itu berkuat kuasa hari ini. – BERNAMA