Keadilan Islam dalam lipatan sejarah (Siri 11)
KEADILAN Islam bukan sahaja berkaitan akhlak manusia dengan manusia, bahkan meliputi akhlak terhadap bahan bumi. Dalam kitab-kitab hadis disebut Abyad bin Himal datang dari Yaman menemui Rasulullah SAW, meminta dia diberikan kawasan garam di sebahagian tempat di negerinya. (Ada yang menyebut kawasan garam Empangan Maarib). Nabi memberikan kepadanya.
Apabila selesai urusannya, seorang lelaki (riwayat lain menyebut Al-Aqra’ bin Haabis At-Tamimi) berkata:
Apabila Nabi SAW mendengar demikian, Baginda bersabda:
Seorang ulama, As-Sindi menjelaskan mengenai hadis ini dengan meletakkan satu dasar yang dibuat oleh Nabi. Katanya:
As-Sindi berkata:
Ibn Qudamah pula berkata:
Beberapa pengajaran dari hadis di atas:
- Kerajaan mesti mengutamakan kepentingan rakyat secara umum mengatasi kepentingan peribadi.
- Kerajaan boleh membuat pembahagian kawasan tanah tertentu kepada kelompok tertentu jika ada kepentingan umum dan manfaatnya kembali kepada rakyat.
- Konsep penswastaan juga barangkali berasaskan perkara ini. Bila boleh diswastakan. Bila kerajaan yang berperanan dan lain-lain.
- Di awal Islam, air, garam, tumbuhan untuk makanan haiwan dianggap keperluan bersama untuk semua. Di zaman sekarang, mungkin boleh dilihat juga bahan-bahan dan sumber asli yang boleh diurus oleh kerajaan atau diswastakan, melihat kepada pulangannya kepada rakyat.
Penulis adalah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu. – HARAKAHDAILY 23/9/2021