Nenek terharu terima sumbangan PAS Kudat

- Advertisement -

Oleh ANNA ABDUL

KUDAT:
Seorang penduduk Kampung Gumandang tidak dapat menahan sebak selepas menerima sumbangan bakul makanan daripada PAS Kawasan Kudat dengan kerjasama Sabah Relief dan Khidmat Malaysia Sabah, di sini, semalam.

- Advertisement -
Yanduping Melingkad

Yanduping Melingkad, 83, terus menangis apabila ditanya sumber pendapatan sekarang dan perasaan selepas menerima sumbangan.

Salah seorang petugas terpaksa menenangkan nenek tersebut dengan mengatakan PAS akan terus membantu apa yang termampu.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Abu Lokman Mohd merakamkan ucapan terima kasih kepada Sabah Relief dan Khidmat Malaysia yang prihatin bertindak segera bagi menyantuni penduduk.

“Semoga amal dan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu penduduk yang terkesan akibat musibah banjir dan Covid-19 ini,” ujarnya.

Katanya, setakat ini PAS Kudat masih membuka ruang untuk mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan.

Sumbangan berupa air mineral dan barangan keperluan asas telah disampaikan kepada 80 keluarga oleh Timbalan Pengerusi Sabah Relief, Mohd Tarmizi Mohd Yahya. Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Ketua Lajnah Perhubungan NGO PAS Kudat, Ahmad Kapok. – HARAKAHDAILY 23/9/2021

- Advertisement -