Pemain tempatan timba pengalaman di luar negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan melaksanakan pelbagai program jangka pendek dan jangka panjang bagi membangunkan sukan bola sepak di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ada pemain tempatan yang berlatih dan beraksi bersama kelab di luar negara sekarang.

- Advertisement -

Katanya, apabila kembali semula ke negara ini mereka akan dapat ditonjolkan sebagai pemain bertaraf profesional.

“Pemain-pemain tersebut akan dapat ditonjolkan bagi memeriahkan sukan bola sepak di negara ini pada masa akan datang,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) pada persidangan parlimen hari ini.

Sebelum itu Che Abdullah menanyakan dasar Kementerian Belia dan Sukan terhadap naturalisasi pemain bola di Malaysia.

Katanya sudah menjadi kecederungan sekarang banyak pasukan di negara ini menggunakan khidmat pemain luar beraksi dalam kejohanan bola sepak tempatan.

Menurut penulis sukan pemain naturalisasi dimaksudkan pemain asing yang tinggal sekurang–kurangnya lima tahun di negara tempat dia bermain.

Pemain terbabit berhak untuk menukar taraf kepada naturalisasi sekiranya mendapat sokongan daripada Persatuan Bola Sepak negara tempat pemain terbabit beraksi.

Malah di Malaysia dikatakan belum ada pemain berstatus naturalisasi. – HARAKAHDAILY 15/9/2021

- Advertisement -