PAS jengah penduduk sakit, santuni kebajikan warga

- Advertisement -

BENTONG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bentong bersama PAS Cawangan Ketari telah mengadakan ziarah kebajikan di sekitar Kampung Benggali, Kampung Ketari, Kampung Gementi dan Taman Muhibbah, kelmarin.

- Advertisement -

Timbalan Yang Dipertua PAS Bentong, Ustaz Roslan Mad Esa diiringi Ketua Pemuda PAS Bentong, Mohd Naqib Sahimi telah menziarahi lima rumah penduduk yang terlantar sakit di dalam DUN Ketari.

“Ketika kita mendengar ada di kalangan kawan kita sedang diuji dengan kesakitan atau terlantar di hospital, carilah masa lapang untuk menziarahinya kerana setiap Mukmin itu bersaudara.

“Belum tentu kita senang selama-lamanya, kesusahan tetap kita akan rasai juga. Istilahnya, kalau kita bantu mereka, mereka akan bantu kita. Tak kira siapapun kita dan siapapun mereka. Orang Islam perlu serlahkan peribadi yang suka membantu orang lain.

“Semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat mengurangkan beban penderitaan yang dialami pesakit dan dengan izin Allah, Allah bantu sembuhkan segala kesakitan berkat iringan doa kita bersama,” ujar Roslan.

Menurut Penyelaras DUN Ketari itu juga, pihaknya amat berbesar hati apabila Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ketari, Azlee Ali sudi membantu dan bekerjasama melancarkan urusan ziarah pada hari tersebut.

Turut serta di dalam rombongan ziarah adalah Jawatankuasa Pemuda PAS Bentong, Abdullah Fikri Abdullah bersama kembarnya, Abdullah Fahmi Abdullah. – HARAKAHDAILY 8/9/2021

- Advertisement -