Paralimpik: Liek Hou lakar sejarah, sumbang emas kedua

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou melakar sejarah sebagai juara badminton temasya Sukan Paralimpik pertama, selepas menewaskan Dheva Anrimusthi dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Tokyo, sebentar tadi.

Ini kerana acara badminton pertama kali dipertandingkan di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

- Advertisement -

Liek Hou selaku pemain nombor dua dunia mengambil masa 50 minit untuk mengalahkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia itu 21-17, 21-15, lapor laman web olympics.com.

Kemenangan pemain berusia 33 tahun itu sekali gus menyumbangkan pingat emas kedua buat kontinjen Malaysia.

Foto daripada Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia.

Pada peringkat separuh akhir pagi tadi, beliau menewaskan Fang Jen Yu dari Taiwan dengan 15-21, 21-10, 21-16 sementara Dheva menundukkan rakan senegara yang juga pemain nombor tiga dunia Suryo Nugroho 21-13, 21-15.

Emas pertama disumbangkan oleh jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, Sabtu lalu. – HARAKAHDAILY 4/9/2021

- Advertisement -