Paralimpik: Muhammad Ziyad rangkul emas, perbaharui rekod dunia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Atlet olahraga para dalam acara lontar peluru lelaki F20, Muhammad Ziyad Zolkefli berjaya merangkul pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.

Lebih membanggakan lagi, beliau yang menyumbang pingat ems kedua buat Kontinjen Malaysia turut memecahkan rekod dunia.

Beliau yang memegang dunia dengan 17.29m yang dicatatkan di London pada 15 Julai 2017, berjaya memperbaharui rekod miliknya itu pada lontaran pertama dengan jarak 17.31m, lapor olympics.com/

- Advertisement -

Bagaimanapun, peserta Ukraine, Maksym Kobal berjaya memperbaharui rekod itu dengan jarak 17.34m pada lontaran yang ketiga.

Muhammad Ziyad sekali lagi memecahkan rekod itu pada lontaran ketiga dengan jarak 17.94m.

Maksym Kobal mendapat tempat kedua sementara rakan senegara, Oleksandr Yarovyi di tempat ketiga dengan lontaran 17.30m.

Seramai lapan peserta mengambil bahagian dalam acara itu. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

- Advertisement -