Adun pastikan ramai anak muda dapat dos vaksin

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Warga emas dan golongan muda yang berumur antara 18 hingga 86 tahun mendapat dos pertama pada program Outreach Vaksinasi peringkat Dun Limbongan di sini hari ini.

Adun Limbongan Mohd Nazlan Muhammad Hasbullah, berkata program itu berlangsung di dewan Ma’ahad Saniah di sini bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

- Advertisement -

Katanya program itu merupakan julung kali diadakan di peringkat Dun untuk memberi peluang terutama warga emas yang tidak berdaya mendapat dos vaksin.

Katanya, pada 2 September depan pihaknya akan menganjurkan program yang sama kepada mereka yang tidak sempat hadir pada hari ini dan melengkapkan dos kedua.

Menurutnya beliau akan memastikan kesemua golongan muda mendapat suntikan vaksin kali pertama dan kedua memandang Dun Limbongan antara kawasan yang berisiko tinggi wabak virus covid- 19.

Sementara itu seorang peserta Bidah Idris, 86, dari Kampung Merkang melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mendapatkan suntikan dos vaksin kali pertama.

Bidah berkata sebelum ini beliau tidak mendaftar melalui aplikasi mySejahtera kerana tidak tahu cara untuk menggunakan aplikasi itu.

Katanya melalui program tersebut yang ditaja wakil rakyat beliau berpeluang mendaftar melalui penghulu di Kampung Merkang. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

- Advertisement -