Jiwai erti kemerdekaan tanggungjawab semua rakyat

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Tarikh keramat yang sangat bermakna. Tahun ini, Malaysia sekali lagi menyambut kedatangan Bulan Kebangsaan dalam suasana pandemik Covid-19.

Namun begitu, usaha menyemarakkan semangat cintakan negara harus diperhebat dalam kalangan masyarakat sekali gus menelusuri erti kemerdekaan.

- Advertisement -

Usaha meningkatkan pemahaman mengenai erti kemerdekaan perlu dipupik di sanubari setiap rakyat Malaysia adalah sangat penting.

Tinjauan di sekitar daerah ini hari ini mendapati, kebanyakan penduduk terutamanya golongan muda mengambil inisiatif berbasikal mengelilingi kawasan sekitar bandar sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Meskipun Hari Kemerdekaan kali ini disambut dalam suasana Covid-19 sedikitpun tidak mematahkan semangat seorang anak muda Mohd Aiman Hakim Mohd Harizan, 15, untuk terus meraikan hari Kemerdekaan negara yang ke-64.

Beliau yang juga merupakan seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji itu, mengambil inisiatif keluar berbasikal secara solo pada hari ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di basikal miliknya.

Beliau telah keluar dari rumah seawal jam 8 pagi untuk berbasikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

“Menjiwai erti kemerdekaan adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia, oleh itu untuk terus menyemarakan sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini.

“Saya mengayuh basikal bermula dari rumah dan saya keliling bandar Kota Bharu sambil-sambil kibar jalur Gemilang yang telah dipasang di basikal saya,” katanya.

Sementara itu, perkara sama turut dikongsi oleh Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta, Mohd Muiz Shuyuti Ahmad Shuyuti, 32, yang melakukan aktiviti berbasikal dengan mengibat jalur Gemilang bersama beberapa rakannya yang lain.

Katanya, aktiviti kayuhan basikal telah menjadi rutin harianya tetapi untuk kali ini beliau turut tidak melepaskan peluang bersama-sama dengan rakannya menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan.

Beliau bagaimanapun turut mengakui tetap berasa gembira tatkala melihat orang ramai masing-masung mengambil inisiatif meraikan Hari Kemerdekaan walaupun dalam suasana sederhana.

“Setiap kita penting mengharai jasa dan pengorbanan pejuang dan pemimpim negara sebelum ini dan telah berusaha mencapai kemerdekaan dan telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang dikenali di Asia Tenggara dan juga di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu dengan melakukan aktiviti kayuh basikal sambil membawa Jalur Gemilang ia sekurang-kurangnya kecintaan kami kepada negara di samping dapat sama-sama menyingkap kembali sejarah perjuangan,” katanya. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

- Advertisement -