Istana Negara kembali jadi tumpuan media

Para petugas media sedang bertugas melaporkan situasi terkini dari Istana Negara hari ini.
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Istana Negara hari ini sekali lagi menjadi tumpuan media berikutan seramai 69 Ahli Parlimen akan mengangkat sumpah sebagai menteri dan timbalan menteri, hari ini.

Walaupun panas terik, para pengamal media setia melaporkan situasi dari lokasi, yang mana mereka masing-masing kelihatan berpayung. 

- Advertisement -
Antara kenderaan dipercayai milik Ahli Parlimen kelihatan memasuki pintu Istana Negara.

Sekitar jam 1 tengah hari sehingga 2 petang, kenderaan milik menteri dan timbalan menteri mula memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 2 diiringi anggota keselamatan. 

Antara yang kelihatan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Pendidikan, Dato’ Dr Md Radzi Jidin. 

Sempena bulan kemerdekaan, kelihatan sebahagian kenderaan yang memasuki Istana turut mengibarkan Jalur Gemilang. 

Turut kelihatan anggota keselamatan berkawal di Pintu 1 dan 2 Istana Negara. – HARAKAHDAILY 30/8/2021

- Advertisement -