‘Keluarga Malaysia’ rapatkan jurang politik

- Advertisement -

Oleh SRIHAYANIS ABASRI

KUALA LUMPUR: Pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ merupakan strategi merapatkan jurang perbezaan politik di antara parti kerajaan dan pembangkang, kata Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor.

Menurutnya, pelan tindakan ini merupakan kompromi antara dua pihak untuk menumpukan perhatian kepada pandemik Covid-19 yang telah meragut lebih 14,000 kematian.

- Advertisement -

“Lebih sejuta rakyat yang dijangkiti oleh Covid-19, Contoh pada Khamis, 24,599 kes dialporkan, paling tertinggi semenjak tempoh hampir dua tahun ini.

“Wajar untuk pihak kerajaan dan pembangkang mengurangkan polemik dan amat sarankan untuk mewujudkan pendekatan ‘Keluarga Malaysia’.

“Semua orang memainkan peranan untuk mengawal dan membaik pulih keadaan. Ini adalah idea yang sangat baik.

“Hal demikian, secara tidak langsung dapat untuk mengenepikan perbezaan politik yang berlaku di Malaysia.

“Kalau kita lihat, satu usaha baik yang dibuat oleh Ismail Sabri (apabila) memanggil ketua-kata parti pembangkang. Ini juga salah satu strategi untuk mengurangkan pergeselan politik yang tidak berkesudahan.

“Kerana saya melihat isu sekarang ini bukan sekadar nombor, tetapi rakyat di bawah yang sering di api-apikan oleh pemimpin politik pembangkang hingga berlakulah gerakan bendera hitam,” tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily, semalam.

Justeru itu, beliau berharap agar usaha tangani pandemik Covid-19 harus dibuat secara kolektif dengan kerjasama kerajaan, pembangkang, kerajaan negeri, dan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil.

Beliau turut menasihatkan semua pihak bersabar menanti sebarang pertukaran kerajaan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bertandinglah secara sihat dengan menunjukkan kewibawaan masing-masing, bukan ketika pandemik Covid-19 masih menular, katanya.

“Bila kita berpolimik, rakyat menjadi jemu dan muak dalam keadaan mereka susah mencari makan, ramai hilang pekerjaan dan ramai mati bunuh diri di kala pihak pemain politik yang sibuk untuk berbalah dan meraih labuh politik,” kata beliau lagi. – HARAKAHDAILY 27/8/2021

- Advertisement -