Khabib Nurmagomedov anggap ‘ring girl’ tidak perlu dalam MMA

- Advertisement -

LEGENDA Mixed Martial Arts (MMA), Khabib Nurmagomedov meluahkan pendapatnya bahawa ‘ring girl’ adalah sesuatu yang tidak diperlukan dalam sukan seni mempertahankan diri.

Menurut Khabib, dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa, namun mempersoalkan apakah fungsi ring girl dalam sukan itu.

“Lihat, saya tidak mahu kecilkan hati sesiapa, ring girl adalah sesuatu yang tidak diperlukan dalam sukan seni mempertahankan diri.

- Advertisement -

“Apa fungsi mereka? Saya ingin tanya. Anda tunjukkan pada pusingan kedua di skrin.

“Terdapat orang yang faham seni bela diri dan mereka (ring girl) ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya.

“Saya tidak akan memaksa anda, kalian ada pandangan sendiri. Pada pandangan saya, mereka tidak diperlukan. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

“Adakah mereka yang memajukan sukan ini? Atau mereka membantu orang melihat pada pusingan kedua? Apa yang mereka lakukan? Bagi tahu saya,” ujarnya.

Apabila ditanya mengenai sejarah, Khabib mengakui ia adalah sejarah, dan dia menganggap bahawa manusia membaca sejarah untuk mengelakkannya daripada berulang.

“Apabila kita lihat kepada sejarah, ia mengatakan bahawa mereka tidak diperlukan. Ini adalah pandangan peribadi saya.

“Dana White mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib,” jelasnya dengan tegas.

Tambahnya kewujudan ring girl atau octagon girl itu juga menimbulkan rasa kurang selesa sekiranya perlawanan itu ditonton bersama keluarga.

Khabib menceritakan, ketika di menonton bersama arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov, apabila ring girl menonjolkan diri pada pusingan kedua sukan itu, Khabib dan bapanya berasa tidak selesa.

“Saya tidak menentangnya, sekirnya kamu mahu, kamu boleh. Tetapi jangan memaksa saya. Ini pandnagan peribadi saya,” tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media ketika mempromosikan Gorilla Fighting Championship, di Moscow, semalam. – MMA JUNKIE

- Advertisement -