24,599 kes baharu Covid-19, tertinggi setakat ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini merekodkan 24,599 kes baharu Covid-19, angka harian tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan Covid-19 di laman Facebooknya berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,640,843.

- Advertisement -

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes paling tinggi iaitu 6,936 kes diikuti Sabah (3,487); Johor (2,785); Pulau Pinang (2,078); Sarawak (2,024); Kedah (1,538); dan Kelantan (1,312).

Perak pula mencatat 1,170 kes; Kuala Lumpur (881); Pahang (690); Terengganu (567); Negeri Sembilan (526); Melaka (515); Perlis (67); Putrajaya (20); dan Labuan (tiga).

Semalam, Malaysia merekodkan 22,642 kes baharu wabak itu dengan angka harian tertinggi direkodkan pada 20 Ogos iaitu sebanyak 23,564 kes. – BERNAMA