PN Kangar sumbang 140 naskhah Al-Quran

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR: Badan Perhubungan Perikatan Nasional (BPPN) Kawasan Kangar menyumbang sejumlah 140 naskhah Al-Quran kepada Maahad Tahfiz Al Barakah, Sempering dan Maahad Tahfiz Saadah, Behor Mali, di sini.

- Advertisement -

Serahan telah dibuat oleh Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Abd Jamil Kamis kepada Sheikh Ali Azmi yang mewakili kedua-dua institusi berkenaan.

Menurut Jamil, sumbangan naskhah Al-Quran itu merupakan sebahagian daripada program kemasyarakatan Perikatan Nasional (PN) Kawasan Kangar yang telah dirancang selama ini.

“Gerak kerja PN bukan sekadar tertumpu kepada program-program bersifat politik semata-mata tetapi turut merangkumi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan rakyat.

“Moga-moga sumbangan yang sedikit pada hari ini memberikan manfaat yang amat besar buat mereka yang menerimanya, khasnya pihak Maahad Tahfiz Al Baqarah,” katanya ketika dihubungi, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut memuji langkah institusi berkenaan yang membantu membiayai kos pengajian para pelajar daripada golongan asnaf, termasuk anak yatim di negeri ini.

Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Setiausaha BPPN Kawasan Kangar, Azahar Hassan dan Bendahari BPPN Kangar Syahril Yaacob. – HARAKAHDAILY 25/8/2021

- Advertisement -