58 peratus populasi dewasa sudah lengkap vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 58 peratus atau 13,580,934 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya memaklumkan setakat semalam, seramai 18,631,593 individu atau 79.6 peratus telah menerima dos pertama.

- Advertisement -

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 32,212,527 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 420,164 dos diberikan semalam dengan 265,160 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 24/8/2021

- Advertisement -