Masalah air 2.0 sedang giat ditangani SATU

- Advertisement -

SUSULAN pemakluman SATU mengenai gangguan bekalan air akibat kerosakan paip utama di dasar Sungai Terengganu, penduduk bakal berdepan dengan krisis air kali kedua. Harapnya tidak lamalah proses baik pulih ini. 

Saya difahamkan, penemuan kerosakan itu telah berjaya dikenal pasti oleh juruselam pagi semalam. Difahamkan juga, kerosakan ini di lokasi berlainan dan bukannya di kawasan yang telah diperbaiki tempohari. 

Isu baik pulih ini, saya serahkan kepada pihak pengurusan SATU dan kontraktor berkenaan untuk uruskan. Dalam masa yang sama, turut memantau kerja-kerja baik pulih ini.

- Advertisement -

Ada yang bertanya, apa perancangan alternatif? Sebenarnya, Loji Air Bukit Berapit merupakan cadangan baharu untuk alirkan air ke Tangki Bukit Berangan. Pengoperasian loji ini menunggu peralatan VFD dari pihak Fuji Electric. 

Proses pemasangan dan pengujian loji ini dijangka akhir Ogos atau awal September. Jika tiada apa-apa halangan, pada Hari Malaysia akan dapat digunakan. Sementara baik pulih paip di dasar sungai ini tetap perlu diteruskan untuk membekalkan air ke Tangki Bukit Berangan.

Manakala proses biasa yang kami akan laksanakan adalah ‘back up’ jentera SATU. Pasukan kerja kami menyusun atur kembali tangki statik di semua lokasi yang berkenaan sebagai tambahan atas penyediaan tangki statik SATU dan menggerakkan segera jentera Team Mobile kami.

Insya-Allah petang semalam masing-masing mula bergerak kerana sebelah paginya semua bekerja terlebih dahulu. Sementara itu sebuah lori tangki berkapasiti 30,000 liter juga telah ke Loji Air Kepong dan ditempatkan pada petang atau malamnya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak. 

Hari ini, dua lagi lori tangki tambahan muncul sama dan berkhidmat. Insya-Allah kami akan berusaha membantu sedaya upaya kami dan sangat memahami bebanan ketiadaan air ke rumah masing-masing. Sabar. Kita bersama.

YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
Timbalan Pengerusi 
Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan & NGO 
Kerajaan Negeri Terengganu
ADUN Tepoh – HARAKAHDAILY 24/8/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/430148807009022/posts/4562958033728058/

- Advertisement -