Kerjasama rentas parti yang dimaksudkan PM

- Advertisement -

MENGULAS ucapan sulung Perdana Menteri (PM) ke-9 jam 5:30 petang semalam yang pastinya diikuti sebahagian besar rakyat Malaysia akhbar Sinar Harian pagi ini memilih tajuk ‘PM ajak pembangkang pulihkan negara’.

Memang Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ada menyentuh isu penglibatan pembangkang dalam proses pemulihan negara dalam ucapannya. Tetapi tidaklah sampai menjemput Ketua Pembangkang menjadi Timbalan Perdana Menteri atau bekas Menteri Kesihatan dari PAN kembali menjadi Menteri Kesihatan sebagaimana cuba dimainkan blok pembangkang, tiada pun amalan memasukkan pembangkang dalam Kabinet di negara demokrasi lain.

- Advertisement -

Tetapi PM menyebut:

“Saya faham kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Oleh itu kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Justeru saya ingin menawarkan peluang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19″

Itulah bentuk kerjasama rentas parti yang dimaksudkan PM. Oleh itu pimpinan pembangkang yang ikhlas dan mahu bersama kerajaan terlibat dalam proses ini bolehlah menyertai Majlis atau Jawatankuasa yang dimaksudkan dengan persetujuan PM. Bukannya menjadi Pengerusi tetapi anggota.

Tak perlulah menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Kabinet seperti heboh diviralkan aktivis media sosial mereka kerana ia memang ia tidak munasabah dan cukup memalukan.

Sambutlah tawaran ini dengan hati terbuka dan terus berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif bukannya mengadu-domba dan menghasut rakyat.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 24/8/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/100009880363600/posts/1581102592229071/

- Advertisement -