PAS Rompin persiap siaga kemahiran jentera penerangan

- Advertisement -

ROMPIN: Jabatan Penerangan PAS Kawasan Rompin telah menghantar tujuh orang peserta bagi menyertai Bengkel Pemantapan Jentera Penerangan secara atas talian, semalam.

Dianjurkan oleh Jabatan Penerangan PAS Negeri Pahang, bengkel ini sebagai persiapan menghadapi PRU15 tidak lama lagi melibatkan semua anggota Jentera Penerangan PAS Kawasan-kawasan.

Bengkel ini bertujuan membentuk kesatuan pemikiran dan tindakan dalam kalangan jentera penerangan PAS Kawasan-kawasan selain membina kemahiran dan perubahan cara gerak kerja penerangan.

- Advertisement -

Diadakan dengan terbahagi kepada dua slot utama iaitu melibatkan bengkel ‘influencer’ dan bengkel FB Ads, pengisian disampaikan oleh pembentang berpengalaman.

Ketua Penerangan PAS Rompin, Syed Razman Syed Mohamad berkata, bengkel seperti ini amat pentingnya kepada jentera penerangan dalam meningkatkan berkemahiran dengan teknologi dan ilmu media sosial.

“Zaman sudah berubah dan kebanyakan masyarakat mudah mencari maklumat di media sosial. Penting untuk PAS Kawasan menguasai ilmu media sosial ini,” katanya.

Dalam bengkel berkenaan, peserta didedahkan berkenaan kemahiran mengendalikan halaman ‘Facebook’ dengan berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Ia juga membantu peserta untuk memahami kaedah sebaran kepada sasaran agar maklumat parti dapat disampaikan dengan lebih berkesan. – HARAKAHDAILY 22/8/2021

- Advertisement -