Kurang ‘bed ridden patient’ petanda kejayaan PICK

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia negara yang terbaik berjaya mencapai tahap vaksinasi yang tinggi di Asia Tenggara.

Pengamal Perubatan Berdaftar, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata penurunan kes jangkitan Covid-19 yang berlaku adalah satu petanda positif hasil daripada usaha kerajaan melakukan Program imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menurut beliau, pencapaian peratusan vaksinasi tinggi bagi ketiga-tiga wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu melebihi 80 peratus penduduk dewasa telah menerima vaksin telah meningkatkan daya tahan penduduk tiga wilayah itu terhadap wabak Covid-19.

“Laporan juga menunjukkan kes-kes tahap tiga hingga lima yang ada lebih 80 peratus daripada kes-kes adalah melibatkan mereka yang belum menerima vaksin,” jelasnya ketika dihubungi HarakahDaily, semalam.

Justeru itu, beliau menyeru semua pihak termasuk pihak swasta untuk sama-sama mengerakkan program vaksinasi khususnya yang melibatkan pekerja-pekerja syarikat agar semua dapat melengkapkan vaksin supaya dapat keluar bekerja bagi membantu memulihkan semula ekonomi negara.

Di samping itu, beliau berkata, semua pemimpin politik juga memainkan peranan untuk berkempen agar rakyat segera mendaftarkan diri bagi menerima vaksin.

“Diharapkan jangan ada pihak yang hendak mengeluarkan fakta-fakta tidak tepat tentang vaksin kerana ia boleh mengelirukan orang ramai,” katanya.

Mengulas berhubung penurunan kes-kes yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan jabatan kecemasan hospital di Lembah Klang, katanya, khabar itu tentunya dapat melegakan sedikit petugas-petugas medik dan paramedik.

“Mereka sudah boleh lebih fokus dan memberikan perkhidmatan perubatan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia adalah negara yang terbaik yang telah berjaya mencapai tahap vaksinasi antara yang terbaik di dunia iaitu mencecah lebih 500,000 dos sehari melebihi kadar vaksinasi korea selatan dan Australia. – HARAKAHDAILY 17/8/2021

- Advertisement -