Takziah buat keluarga Allahyarham Halim Muda

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Halim Muda yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.30 pagi tadi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, semasa hayat, Allahyarham menggalas amanah sebagai Penolong Setiausaha Penerangan PAS Selangor dan Setiausaha Kerja PAS Selangor.

- Advertisement -

Selain daripada itu, katanya Allahyarham juga banyak menyumbang tenaga dalam tugasan teknikal parti di peringkat kawasan, negeri mahupun Pusat.

Tambahnya, pemergian Allahyarham yang banyak berjasa dan berkorban untuk PAS merupakan kehilangan besar khususnya bagi negeri Selangor.

“Didoakan semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan para solihin,” uarnya dalam kenyataan, hari ini. – HARAKAHDAILY 16/8/2021

- Advertisement -