Jangan bahayakan nyawa kerana Ivermectin

- Advertisement -

DUA orang dilaporkan mengalami keracunan akibat mengambil ubat antiparasit Ivermectin tanpa saranan dan kawalan pihak hospital. Pusat Racun Negara mendedahkan: 

- Advertisement -

Kes pertama – Individu 35 tahun mengalami sesak nafas berpanjangan selama 5 hari selepas mengambil sebiji pil Ivermectin. 

Kes kedua – warga emas tidak sedarkan diri selepas mengambil 15 pil Ivermectin sekali gus.

Dua kes ini yang hanya dilaporkan kepada Pusat Racun Negara tetapi sudah cukup untuk dijadikan pengajaran betapa bahayanya mengambil Ivermectin secara semberono. Belum ada antidot atau rawatan khusus untuk pesakit yang mengalami keracunan akibat Ivermectin.

Tiada ubat yang boleh mencegah atau merawat COVID-19 termasuklah Ivermectin. Hanya vaksin yang terbukti boleh mencegah COVID-19 setakat ini. Orang ramai dinasihatkan tidak membahayakan nyawa diri sendiri dengan mengambil Ivermectin yang digunakan untuk haiwan seperti kuda dan anjing, secara sesuka hati. 

Di Malaysia, tiada ubat Ivermectin yang diluluskan untuk kegunaan manusia. Ya, memang betul ada kajian berkaitan keberkesanan Ivermectin yang telah dijalankan sebelum ini iaitu: 

1. 6 kajian dijalankan mengenai keberkesanan Ivermectin bagi menghalang kematian dalam kalangan pesakit COVID-19 tetapi semua 6 kajian itu tidak menunjukkan ubat itu berkesan dalam mencegah kematian.

2. 3 kajian dijalankan bagi menilai kemampuan Ivermectin mencegah COVID-19 dan keputusannya juga tidak menunjukkan ia dapat mencegah COVID-19. (Sumber: Pakar Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ernieda Md Hatah) 

Pendek kata, tiada bukti klinikal yang nenunjukkan Ivermertin boleh mencegah atau merawat COVID-19. Patuhilah nasihat doktor dan ahli farmasi yang bertauliah.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA – HARAKAHDAILY 16/8/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/373560576236/posts/10158108523831237/

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -