Persefahaman rentas parti resolusi terbaik demi rakyat

Datuk Ahmad Marzuk Shaary
- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Cadangan persefahaman rentas parti yang ditawarkan Perdana Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lepas adalah resolusi terbaik demi kepentingan rakyat.

Bagaimanapun cadangan menang-menang tersebut tidak diterima pembangkang yang dianggap rakyat berpolitik tanpa mengira masa.

- Advertisement -

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, ini kerana pada waktu ini bukan masa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) kerana penularan wabak Covid-19.

Menurut beliau sebagaimana yang dinyatakan perdana menteri, kerajaan mengutamakan untuk menyelesaikan urusan Covid-19 bagi melandaikan kes.

“PRU ke-15 akan diadakan Julai tahun hadapan. Jadi sepatutnya pemimpin parti tertentu yang beriya-ya mahu menjadi Perdana Menteri perlu sedar kepentingan rakyat yang diutamakan sekarang.

“Kes Covid-19 meningkat bukan di negara kita sahaja, sebaliknya negara yang kebanyakan penduduk sudah mengambil dua dos suntikan pun berlaku jangkitan semula,” ujarnya selepas Majlis Penyampaian Foodbank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gajah semalam.

Ahmad Marzuk yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa berkata, persidangan khas Parlimen baru-baru telah wujud kluster sehingga menyebabkan berlaku kematian.

Oleh itu kata beliau tindakan Speaker Dewan Rakyat menangguhkan persidangan khas itu dianggap mampu menyelamatkan ahli-ahli parlimen. – HARAKAHDAILY 16/8/2021

- Advertisement -