Takziah atas pemergian Ketua Lajnah Penerangan PAS WP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, almarhum Tuan Khairul Anuar Abd Manap atas pemergiannya menghadap Ilahi, hari ini.

- Advertisement -

Beliau dikhabarkan telah meninggal dunia pada jam 8 pagi tadi selepas menjalani pembedahan jantung di Hospital KPJ Ampang Puteri pada 11 Ogos lalu.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan seluruh saff kepimpinan mendoakan semoga ahli keluarga beliau diberi ketabahan untuk menghadapi ujian ini.

Pesuruhjayanya, Ustaz Azhar Yahya turut mendoakan semoga almarhum diampun dosanya dan diberi ganjaran yang sewajarnya atas sumbangannya kepada PAS khususnya dan masyarakat amnya. – HARAKAHDAILY 14/8/2021

- Advertisement -