Sistem sokongan kesihatan dipertingkat, dana ditambah

Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia menambah peruntukan bagi meningkatkan dan menyegerakan usaha menyaring kes Covid-19 dalam usaha menangani krisis kesihatan wabak berjangkit berkenaan.

- Advertisement -

Ini termasuklah pengesanan kontak rapat dan pengasingan mereka yang positif atau test, trace and isolate, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Kata Muhyiddin, sistem kesihatan akan dikukuhkan terutamanya penambahan petugas kesihatan serta peningkatan kapasiti wad unit rawatan rapi (ICU), termasuk penyumber luaran pesakit dari hospital awam ke hospital swasta. selaras dengan pendekatan ‘Whole of Nation’.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini.

Peruntukan tambahan yang disediakan kerajaan ini antara tujuh perkara yang akan dikemukakan dalam rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan sekiranya usul undi percaya diluluskan.

Turut hadir dalam perutusan khas itu Menteri Kanan termasuk Dato’ Sri Hishammuddin Hussein, Dato’ Sri Mohamed Azmin Ali, dan Dato’ Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Selain itu, Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Saravanan Murugan, Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Dr Wee Ka Siong, Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah. – HARAKAHDAILY 13/8/2021

- Advertisement -