PAS junjung kasih titah Sultan seru perpaduan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PAS menjunjung kasih titah baginda-baginda Sultan yang menyeru kepada perpaduan rakyat dan kestabilan negara.

Selain itu baginda mahu semua pihak seharusnya mengutamakan usaha menangani wabak yang perlu diambil perhatian ketika ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad berkata, agenda penyatuan yang dibawa Rasulullah s.a.w dalam peristiwa hijrah memberi kekuatan dalam membina negara sejahtera.

- Advertisement -

Katanya ia bertepatan dengan titah Sultan Ibrahim dan Sultan Johor sempena Maal Hijrah yang menyeru semua pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat dan perpaduan ummah demi kesejahteraan sejagat.

“Begitu juga titah Pemangku Raja Pahang KDYMM Tengku Hassanal yang menegaskan bahawa kini bukan masanya untuk berebut kuasa, bersengketa sebaliknya perlu bersatu menentang ancaman pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara,” katanya pada kenyataan hari ini.

Semalam Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan kekecewaan terhadap segelintir pemimpin yang menggangggu kerajaan dan berebut kuasa negara bedepan ancaman Covid-19.

Begitu juga titah Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ro’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, waktu ini bukan masanya untuk berebut kuasa, bersengketa dan berbicara tanpa berbuat apa-apa.

Kamaruzaman juga berkata, kejayaan Rasulullah s.a.w yang menyatukan manusia daripada pelbagai agama dan bangsa menerusi keadilan Islam perlu dihayati setiap manusia.

Menurutnya teladan baginda seharusnya menjadi panduan buat umat Islam dan para pemimpin negara khusunya.

“Bersempena tahun baharu Hijrah 1443 PAS menyeru kepada semua untuk memperkasakan kesatuan khususnya dalam berhadapan cabaran Covid-19 .

“Fokus utama kita sekarang adalah untuk memerangi wabak dan mencapai imuniti kelompok bagi menjaga nyawa dan ekonomi rakyat. Keadaan sekarang bukan masa untuk berpecah belah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/8/2021

- Advertisement -