JAM, Muslimat PAS Papar sertai Program Bantuan Vaksinasi Covid-19

- Advertisement -

Oleh NURIZYAN HAZIQAH HUSSIN

- Advertisement -

PAPAR: Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Papar dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Papar menabur bakti menjadi sukarelawan Program Bantuan (Outreach) Vaksinasi Covid-19, di sini, semalam.

Program berlangsung di Sekolah (Jenis) Kebangsaan Cina (SJKC) Cheng Ming, Ulu Kimanis Papar dengan jumlah penerima vaksin sekitar 1,000 orang.

Rombongan sukarelawan JAM Papar diketuai oleh Komandan JAM Kawasan Papar, Mohd Syahfiq Osman manakala sukarelawan dari Dewan Muslimat PAS Papar diketuai oleh setiausahanya, Syazwina Rasmin dengan jumlah sembilan orang sukarelawan.

Menurut Mohd Syahfiq, program berjalan lancar dengan melibatkan penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Kimanis.

Katanya, penduduk juga telah keluar memberi kerjasama mengambil vaksin di mana dos kedua akan diberikan pada 27 Ogos ini di lokasi sama.

Tambahnya lagi, PAS Papar berharap agar kerjasama Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Penerangan dan Pejabat Kesihatan itu dapat mencapai matlamat program vaksinasi berkelompok yang telah dianjurkan oleh kerajaan.

Hadir melawat tapak program ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohammad Haji Alamin dan Pegawai Daerah Papar Hadzlan Jablee. – HARAKAHDAILY 9/8/2021

- Advertisement -