MAFI, LKIM serah 130 bakul makanan dan QFISH kepada ‘frontliners’

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyerahkan sebanyak 130 bakul makanan dan 260 paket/kilogram ikan segar beku, QFISH dianggar berjumlah RM10,000 kepada frontliners di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Seroja.

Sumbangan itu diserah oleh Timbalan Menteri II MAFI, Datuk Che Abdullah Mat Nawi ketika lawatannya menyantuni petugas barisan hadapan di PPV itu, di sini, hari ini.

Menurutnya, sumbangan bakul makanan dan bekalan ikan segar QFISH itu merupakan sumbangan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT).

“Program ini dilaksanakan bagi menunjukkan keprihatinan dan tanggungjawab sosial korporat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bersama-sama Persatuan Nelayan dan Agensi dibawah MAFI bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Diharap sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan ekonomi dan memberi kemudahan kepada petugas barisan hadapan untuk mendapatkan bekalan makanan dan sumber protein yang secukupnya,” ujarnya.

Turut hadir dalam lawatan dan tinjauan itu, Timbalan Ketua Setiausaha MAFI (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Mohd, dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM Kusuadi Sallih.

Untuk rekod, Sehingga 1 Ogos 2021, sebanyak RM 5.35 juta telah diperuntukan untuk MAFI Prihatin secara keseluruhannya di 365 lokasi yang melibatkan 63,231 penerima dan membantu 1,100 usahawan di seluruh Malaysia. – HARAKAHDAILY 8/7/2021

- Advertisement -