Krisis politik, pandemik Covid-19 ujian Allah kepada hambaNya

- Advertisement -

Oleh DANISYA ISMAIL

- Advertisement -

TAMBUN: Pergolakan politik dan pandemik Covid-19 yang melanda negara kita hari ini adalah ujian dari Allah supaya meletakkan kita di posisi yang betul sebagai hamba Allah yang mentaati-Nya.

Kenyataan tersebut di ulas Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak, Ustazah Husna Saidon dalam program Munajat ‘Akifi online anjuran Muslimat PAS Tambun, semalam.

Kongsinya, dalam menghadapi ujian ini Muslimat PAS perlu tetap mentaati perintah Allah dan terus menjalankan kerja-kerja jemaah mengikut posisi masing-masing bagi meraih pertolongan dari-Nya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa usaha musuh Islam yang ingin pecah belahkan kesatuan umat Islam telah berlaku sejak zaman dahulu lagi.

“Musuh-musuh Islam ini, sentiasa bekerja (ingin) pecah belahkan umat Islam. Walaubagaimanapun, kita hendaklah terus berpegang kepada tali Allah agar kita (dapat) sentiasa bersatu padu.

“Apa sahaja yang Allah beri pada kita adalah perkara yang baik-baik belaka. Setiap sesuatu yang Allah turunkan, (sama ada) ujian, nikmat dan cabaran ada hikmahnya,” ujar beliau.

Oleh itu beliau menyeru agar Muslimat PAS sentiasa berusaha menjadi golongan berilmu agar anugerah akal yang dikurniakan oleh Allah dapat dimanfaatkan sebaiknya.

“Jika manusia tidak menggunakan akal dengan baik, (maka) sudah tentu (lah) manusia itu sama sahaja dengan makhluk lain. Oleh hal demikian, kelebihan ilmu dan akal perlu bertindak selari,” pesannya lagi. – HARAKAHDAILY 6/8/2021

- Advertisement -