Lapan anak guru PASTI hidup tanpa ibu, ayah

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

MERBOK:
Guru PASTI Al-Muslim Jamilah Isa yang berkhidmat lebih 20 tahun mendidik anak-anak yang berusia empat hingga enam tahun pergi menemui Penciptanya akibat Covid-19.

Allahyarham meninggal dunia pada Isnin lepas selepas positif Covid-19. Arwah meninggalkan lapan anak berumur antara 12 hingga 28 tahun. Lima daripadanya masih bersekolah.

- Advertisement -

Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nakhaie Hassan berkata, kehilangan arwah amat dirasai institusi pendidikan PASTI di Kedah.

“Lebih sedih lagi, lapan anaknya kehilangan ayah mereka sebelum ini, kemudian disusuli ibunya pula atas asbab yang sama,” kata beliau di sini.

Arwah Jamilah antara guru yang komited bersama PASTI sejak sekian lama walaupun elaun bulanannya tidak seberapa.

Allahyarham juga terlibat bersama Dewan Muslimat Merbok. Malah beliau bersama suaminya sering menghadiri program-program anjuran parti walau di mana sahaja.

Oleh itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat Dewan Pemuda berharap sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga allahyarhamah yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ibu dan ayah mereka.

Sumbangan boleh disalur melalui akaun Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah: Bank Islam Malaysia Berhad (0201 1010 0093 00). Maklumat lanjut boleh hubungi Mohd Nakhaie di talian 013-415 0845. – HARAKAHDAILY 4/8/2021

- Advertisement -